Followers
Monday, 2 May 2016
AIR PENUH DENGAN KEINDAHAN ALAM
AIR MERUPAKAN SATU ANUGERAH TUHAN KEPADA MANUSIA UNTUK MENJAGANYA ....TERDAPAT TEMPAT YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI PELANCONG LUAR ....JIKA KITA MENJAGA AIR PASTI DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA ...CONTOHNYA DI MALAYSIA TRDAPAT PULAU TIOMAN,PULAU DAYANG BUNTING,PULAU LANGKAWI,PULAU PANGKOR DAN LAIN-LAIN LAGI... PULAU YANG MENARIK AKAN MEMBERI HASIL YANG LUMAYAN TERHADAP NEGARA
Friday, 26 February 2016
SEBAB PERLU MINUM AIR PUTIH
Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling
penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak
keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia
juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang
lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi
adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi
adalah air.
Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun
besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah
disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah
disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa
henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh
hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati
tak sampai seminggu!
Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita
mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan
bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis
minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli
seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air.
Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air
Kosong”.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong
dengan secukupnya.
60% badan manusia adalah air.Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting
untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan
jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa
keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan
menerusi peluh dan air kencing).
AIR SEBAGAI PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT
Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik
bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society,
misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu
memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan
di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system
jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan,
bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari
tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan
keberkesanannya.
1.Minum empat gelas air (160ml) sebaik
jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
2.Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum
empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan
meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
6.Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari
7.Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan
tersebut untuk tiga hari. Rawatan Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit
mungkin kerap buang air kecil.
• Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan
tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.
Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam
proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu
nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair
dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih
banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang
melalui perpeluhan.
Selain itu,air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat
mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup,
gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami
penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia
mengurangkan pertambahan kalori.
“Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut
dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing.
Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang
cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan
mengalir lancar.
Disamping itu,air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air
di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar
kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di
kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu
banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi
apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan
ketidakseimbangan air dalam otak.
KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air
putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu
mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum
Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan
melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah
pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan
kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab
kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh
menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering
dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh
saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat
bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika
tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi
tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung.
Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan
penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai
penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini
kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta
melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Thursday, 25 February 2016
FAKTA MENARIK AIR
-Permukaan bumi diliputi oleh air sebanyak 70%.
-Tiga perempat dari air tawar yang ada di bumi diperoleh
dari gunung ais kutub.
-Sisa air tawar di bumi semuanya berasal dari dalam tanah,
sungai, dan danau.
-Didunia ini terdapat lebih dari dua ratus lima puluh
sungai.
-Populasi manusia didunia terus bertumbuh hal itu
menyebabkan kebutuhan air berlipat ganda setiap 20 tahun.
-Kurangnya air bersih bisa menjadi wadah penyebaran penyakit.
-Jutaan orang terkena penyakit melalui air tiap tahunnya.-20 tahun kedepan tidak akan tersedia air tawar yang cukup
untuk memenuhi kebutuhan dasar setengah populasi
manusia dunia saat itu.
-Menanam pohon mulai sekarang bisa membantu menyimpan air
dan merubah nasib 20 tahun kedepan.
-Timur tengah telah memulai gerakan menanam pohon sebanyak
10.000 pohon.
-Air adalah satu-satunya substansi yang ditemukan secara
alami di bumi dalam 3 bentuk: cair, gas, pepejal.
-Jumlah total air di bumi memiliki volume sekitar 344 juta
km². 315 juta km² air laut. 9 juta ml² air tanah dalam akuifer, 7 juta ml²
beku dalam ais di kutub, 53.000 km² air melewati danau planet dan sungai, 4.000 km² air kelembaban atmosfer, 3.400 km² air terkunci di dalam tubuh makhluk
hidup.
-Jumlah total air dalam tubuh orang dewasa rata-rata adalah
37 liter. Otak manusia adalah 75% air, tulang manusia adalah 25% air, darah
manusia adalah 83% air, paru-paru manusia adalah 86% air, jantung manusia
adalah 75% air, hati manusia adalah 83% air dan buah pinggang manusia adalah
83% air.
-Setiap hari, matahari menguapkan 3 triliun ton air. 1 pohon
akan mengeluarkan 265 liter (70 galon) air per hari dalam penguapan. Satu acre
jagung akan mengeluarkan 15.000 liter (4.000 galon) air per hari dalam penguapan.
-Orang boleh bertahan hidup selama 1 bulan tanpa makan akan
tetapi hanya mampu bertahan 1 minggu tanpa air.
-Menurut penelitian WHO, setiap orang membutuhkan
minimal 50 liter air per hari.
Friday, 19 February 2016
CARA PENJIMATAN AIR
BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA
Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia.
Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk
kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli
akan kepentingan air. Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh
bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air
adalah mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian
terhadap apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima
kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan
menghadapi masalah krisis air. Pada tahun 1998 yang lalu, negara
dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan
Melaka. Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih
seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk
menyelesaikannya. Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa
mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat
tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin
terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru
yang amat tinggi kos pembinaannya. Oleh itu setiap kali anda menggunakan
hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin
mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan
paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil
tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang
kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua
kehidupan. Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh
ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran
sederhana.
Carta 1 : Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga
HALAMAN RUMAH
-Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah
menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk
pertumbuhan yang baik.
-Apabila memotong rumput, pastikan rumput halaman anda
tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan
menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya
daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.
-Gunakan baldi atau ‘sprinkler’ yang sesuai aliran airnya.
Sekiranya ‘sprinkler’ digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu
halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan
keberkesanan siraman anda. (Sprinkler’ yang lupa ditutup boleh membazir
air sehingga 1,000 litre -sejam)
-Gunakan penyiram ‘sprinkler’ halaman yang mempunyai kawalan
‘timer’ jika perlu. Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya
ianya bersesuaian.
-Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat
petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum
daripada air yang anda sirami.
-Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh
mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup.
Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh
yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.
-Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu
pembaziran. Landskap yang bijak -boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan
air untuk halaman anda.
-Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan
membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres
sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun. Gunakan baldi (bukannya hos
yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.
-Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu (bukannya
hos air). Ini boleh menjimatkan anda
-Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi
gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.
-Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di
peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan
seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.
BILIK MANDI
-Sekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3
minit setiap kali, dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan
lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun,
seorang!!… ) Oleh itu :
-Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi.
Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan. Anda boleh
menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang.
-Gunakan kepala ‘shower’ yang tidak terlalu besar.
Kebanyakan kepala ‘shower’ model lama menggunakan 20 litres seminit atau
lebih daripada itu. Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres
seminit. Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira
28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala ‘shower’ model lama yang
menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali,
bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun).
-Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat
untuk membersihkan diri sahaja. -(Perbuatan ‘berkampung’ di dalam bilik
air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga)
-Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000
litres setahun. Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera.
Dapatkan khidmat tukang tukang paip berdaftar untuk tujuan ini.
-Menggantikan tandas’single flush’ dengan ‘dual flash’ cistern
boleh menjimatkan 5 litre air setiap ‘flush’. Sekiranya rumah didiami
oleh 2 orang dewasa dan 3 kanak kanak dengan 4 kali flush sehari/seorang, ianya
melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.
DAPUR DAN MESIN PENCUCI
Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres,
setiap minit. Oleh itu :
-Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku
atau separuh penuh sahaja.
-Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 – 5
minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 – 48 litres sebasuhan.
-Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin
basuh anda setiap kali digunakan.
Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya
jumlah pakaian terlalu sedikit.
STESEN JANAKUASA HIDROELEKTRIK
Stesen janakuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air untuk memutarkan turbin janakuasa. Komponen utama di stesen janakuasa hidroelektrik ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan (control gate), salur getah (intake), pintu air (penstock), turbin (turbine), salur keluar (outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse dan talian penghantaran (power lines). Rajah itu menunjukkan Stesen Janakuasa Hidroelektrik.
Stesen Janakuasa Hidroelekt
EMPANGAN
Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan
graviti bagi memusingkan turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai
ketebalan dibahagian dasar empangan bagi menahan daya tekanan air yang besar di
dasar empangan.
TASIK BUATAN
Apabila empangan dibina maka wujud tasik buatan. Air
dari tasik buatan ini dinamakann tenaga keupayaan graviti. Oleh kerana
kedudukan aras tasik lebih tinggi maka tenaga keupayaan graviti ini berupaya
memusingkan turbin janakuasa yang terletak di bahagian dasar empangan. Tasik
buatan terbesar di Malaysia ialah Tasik Kenyir yang menempatkan empangan kenyir
PINTU KAWALAN SALUR MASUK
Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan bertujuann mengawal kemasukan air.Apabila pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.
Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan bertujuann mengawal kemasukan air.Apabila pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.
PENGUBAH (TRANSFORMER)
Transformer adalah alat yang digunakan untuk menaikkan atau
menurunkan voltan AU. Terdapat dua jenis transformer iaitu transformer
injak naik dan transformer injak turun. Transformer injak naik adalah
untuk meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya
voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke sistem
Rangkaian Grid Nasional untuk diturunkan semula melalui transformer injak turun
kepada voltan yang lebih rendah untuk diagihkan.
SALUR KELUAR
Secara keseluruhnnya penghantaran tenaga
elektrik terbina dari satu empangan yang dibina merentasi sungai untuk
menyimpan air.Empangan terletek di atas stesen janakuasa.Air dari empangan
mengalir turun ke stesen janakuasa dengan kelajuan tinggi.Tenaga kinetik air
memutarkan turbin penjanadan elektrik dihasilkan.Seterusnya air dari turbin
dialirkan keluar melalui salur keluar ke sungai. Rajah menunjukkan stesen
janakuasa hidroelektrik.Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.
SAJAK YANG BERTAJUK: YANG ABADI
Kami, air, senantiasa, abadi
Mungkin- kami berujud uap,
Embun, awan, atau es
Hakikat kami adalah, air
Kami tak putus-ptus mengembara
Di gunung, di lembah, di sungai,
Dan di laut,
Bahkan beterbangan di atas bukit
Tetapi kami abadi
Kami bersahabat dengan angin
Bergurau dengan topan dan guruh
Beradu pandang dengan mentari
Yang menjadikan kami uap
Kami berada dimana-mana
Di selokan, di sungai, di danau, di laut
Juga di kolam dan di bak mandimu
kami tak pernah hilang tak pernah berkurang
Dan tak pernah habis
Karena kami abadi
Air ditubuh kalian
Kelak kembali kepada kami
Karena Kalian tak abadi
Sedang kami abadi
Mungkin- kami berujud uap,
Embun, awan, atau es
Hakikat kami adalah, air
Kami tak putus-ptus mengembara
Di gunung, di lembah, di sungai,
Dan di laut,
Bahkan beterbangan di atas bukit
Tetapi kami abadi
Kami bersahabat dengan angin
Bergurau dengan topan dan guruh
Beradu pandang dengan mentari
Yang menjadikan kami uap
Kami berada dimana-mana
Di selokan, di sungai, di danau, di laut
Juga di kolam dan di bak mandimu
kami tak pernah hilang tak pernah berkurang
Dan tak pernah habis
Karena kami abadi
Air ditubuh kalian
Kelak kembali kepada kami
Karena Kalian tak abadi
Sedang kami abadi
PUNCA UTAMA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dan
bahan buangan domestik dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi
tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara
tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada
pencemaran air. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap
dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan
disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah
organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di
dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat
kehidupan akuatik.. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar
disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan
mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.Berikut adalah gambaran pembuangan sampah di sungai:
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang
tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga
mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak
memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia dan bahan
agrokimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan
toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah
negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya
kedalam laut.Berikut adalah contoh sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai:
Disamping itu,pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh
pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir
ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air yang boleh
mengancam organisma laut . Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan
kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah
menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam. yang boleh
mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan
kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati
disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat
pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong
kepada kepupusan hidupan laut.Berikut adalah contoh pertumpahan minyak di laut:
Begitu juga,pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air.
Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang
disalirkan ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan
buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja,
pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air.
Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan
kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting
dalam mengakibatkan pencemaran air. Pengalian petroleum di dasar laut dan
tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak
dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini
bercampur dengan air laut atau sungai, ini akan mengakibatkan air tercemar. Ini
memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik
yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.Berikut adalah contoh kesan kepada haiwan akuatik:
Akhir sekali,bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan
nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan
buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang
mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan
laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air akan memberi kesan kepada
kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti
sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri
dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit
yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri, salmonela,
cryptosporidium dan hepatitis.
FUNGSI AIR UNTUK MANUSIA
Fungsi air juga merupakan zat yang sangat dibutuhan selain
udara dan tidak seorang pun dapat bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa
minum air. Selain itu, air juga dipergunakan untuk memasak, mencuci, mandi, dan
membersihkan kotoran yang ada di sekitar rumah. Air juga digunakan untuk
keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi,
transportasi, dan lain-lain. Akan tetapi, air boleh menjadi petaka jika kita
tidak boleh merawat sumbernya. Air bisa menjadi perantara penyakit-penyakit
yang menyerang manusia. Oleh karena itu, untuk merasakan manfaat
air bagi kehidupan khususnya bagi kesehatan tubuh. Akan lebih bijak
jika kita merawat keberadaan sumber air yang ada.Selain itu,keberadaan manfaat air bagi kesehatan tubuh
sangat penting dimana air adalah sumber kehidupan. Kemampuan air bisa memperbaiki daya tahan tubuh karena
air dapat menaikkan simpanan glikogen suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai tenaga saat kita sedang beraktifitas atau pun bekerja. Air juga membantu kita untuk menahan rasa lapar dimana kita ketahui bahwa rasa lapar kadang merupakan penyamaran dari rasa haus. Sewaktu kita mengalami dehidrasi kita akan berpikir kalau kita sedang lapar dan mungkin merasa ingin makan padahal yang kita butuhkan sebenarnya adalah air.
Disamping itu,kita juga dapat memanfaatkan kesan dari rasa kenyang setelah minum air yang berkhasiat untuk membantu kita dalam mengatur pola makan dan mencegah makan berlebihan. Keberadaan air mampu mengurangi risiko terserang beberapa penyakit.Khususnya penyakit yang sering berhubungan dengan batu ginjal, kanser saluran kencing dan kanser usus besar. Dengan meminum air secara teratur akan menghindarkan kita dari gangguan pencernaan yang berakibat sembelit.
Lantaran itu,sebagai catatan banyak ahli kesehatan merekomendasikan air sebagai ekspektoran yang efektif untuk mengurangi batuk. Selain itu, air juga boleh digunakan untuk melembabkan wajah seperti manfaat vitamin E untuk kulit serta boleh mengurangi kerutan pada wajah kerana kelembaban wajah selalu terjaga. Dengan minum air, kita boleh mengurangi rasa sakit kepala dan migran yang disebabkan oleh dehidrasi. Oleh sebab itu, konsumsilah air yang cukup agar kita bisa merasakan manfaat air yang sesungguhnya.
Selain manfaat air untuk kesehatan sangat jelas, ternyata air juga memiliki fungsi utama bagi kehidupan, fungsi air tersebut adalah;
Lantaran itu,sebagai catatan banyak ahli kesehatan merekomendasikan air sebagai ekspektoran yang efektif untuk mengurangi batuk. Selain itu, air juga boleh digunakan untuk melembabkan wajah seperti manfaat vitamin E untuk kulit serta boleh mengurangi kerutan pada wajah kerana kelembaban wajah selalu terjaga. Dengan minum air, kita boleh mengurangi rasa sakit kepala dan migran yang disebabkan oleh dehidrasi. Oleh sebab itu, konsumsilah air yang cukup agar kita bisa merasakan manfaat air yang sesungguhnya.
Selain manfaat air untuk kesehatan sangat jelas, ternyata air juga memiliki fungsi utama bagi kehidupan, fungsi air tersebut adalah;
-Membentuk sel-sel baru, memelihara dan mengganti sel-sel
yang rosak
-Melarutkan dan membawa nutrisi-nutrisi, oksigen dan hormon
ke seluruh sel tubuh yang membutuhkan
-Melarutkan dan mengeluarkan sampah-sampah dan racun dari
dalam tubuh kita
-Katalisator dalam metabolisme tubuh serta mampu meredam
benturan bagi organ vital
-Pelumas bagi sendi-sendi dan menstabilkan suhu tubuh
MANFAAT AIR UNTUK MANUSIA
Manfaat Air Putih Untuk kesehatan memang sangat banyak,
air putih dapat digunakan untuk mengobati berbagai penyakit berbahaya atau
mencegah terjadinya penyakit yang tidak diinginkan. Perlu diketahui tubuh kita
terdiri lebih dari 70% cairan yang mana kebutuhan akan cairan sangat tinggi. Manfaat airdalam
tubuh kita tentu tidak dapat digantikan oleh apapun. Cairan ini bisa kita
dapatkan dengan mengkonsumsi air putih yang cukup. Air Putih merupakan minuman
yang paling sehat dan tidak berbahaya karena dibutuhkan setiap hari oleh tubuh
kita untuk menjaga kesehatan.
Selain itu,manfaat air putih sangatlah banyak, jika
diuraikan satu per satu mungkin tidak akan ada habisnya. Manfaat yang langsung
dirasakan mungkin hanya menghilangkan haus pada saat siang atau malam hari.
Namun lebih dari itu, manfaat air putih dapat bertambah banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap tubuh kita.
KANDUNGAN AIR DI MUKA BUMI INI
Air merupakan unsur yang menutupi sebagian besar muka bumi.Ada
beberapa fakta menarik menyangkut air di bumi. Jika ada orang yang menuangkan
seluruh air yang ada di dunia ke daratan Amerika Serikat dan mampu
menampungnya, maka orang tersebut akan menciptakan sebuah danau dengan ke
dalaman 90 mil.Total jumlah kandungan air di bumi hampir 326 juta kubik mil,
menurut Lembaga Survei Geologi Amerika Serikat. Sebanyak 72% permukaan bumi
tertutup oleh air, tetapi 97% air tersebut asin dan tidak baik untuk diminum.
Diantara 70% air minum tersebut berbentuk es, kurang dari 1% air minum yang ada
di dunia siap dimanfaatkan secara langsung. Terdapat 6 negara (Brazil, Russia,
Kanada, Indonesia, China dan Kolombia) yang memiliki 50% persediaan air minum
dunia. Sementara sepertiga populasi dunia hidup di kawasan negara dengan
tingkat persediaan air minum yang minim.Menurut Lembaga Survei Geologi Amerika
Serikat, kandungan air minum tersimpan di dalam tanah lebih banyak daripada
bentuk cair yang ada di permukaan
DEFINISI AIR
"H2O"
dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat HOH.
Air (H2O)
merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan
pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini
memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal)
<=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)