Followers

Friday, 19 February 2016

CARA PENJIMATAN AIR


BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA

Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia.  Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air. Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air adalah mudah.  Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air.  Pada tahun 1998 yang lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka. Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya. Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya. Oleh itu setiap kali anda menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan. Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran sederhana.
Carta 1 :  Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga


HALAMAN RUMAH



-Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk pertumbuhan yang baik.


-Apabila  memotong rumput, pastikan rumput halaman anda tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.


-Gunakan baldi atau ‘sprinkler’ yang sesuai aliran airnya.  Sekiranya ‘sprinkler’ digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan keberkesanan siraman anda.  (Sprinkler’ yang lupa ditutup boleh membazir air sehingga 1,000 litre -sejam)


-Gunakan penyiram ‘sprinkler’ halaman yang mempunyai kawalan ‘timer’ jika perlu.  Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya ianya bersesuaian.


-Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum daripada air yang anda sirami.


-Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup.  Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.


-Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu pembaziran.  Landskap yang bijak -boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan air untuk halaman anda.


-Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun.  Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.


-Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu  (bukannya hos air).  Ini boleh menjimatkan anda


-Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.


-Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.


BILIK MANDI

-Sekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3 minit setiap kali, dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun, seorang!!… )  Oleh itu :



-Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi.  Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan.  Anda boleh menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang.


-Gunakan kepala ‘shower’ yang tidak terlalu besar.  Kebanyakan kepala ‘shower’ model lama menggunakan 20 litres seminit atau lebih daripada itu.  Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres seminit.  Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira 28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala ‘shower’ model lama yang menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali, bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun).


-Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat untuk membersihkan diri sahaja.  -(Perbuatan ‘berkampung’ di dalam bilik air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga)


-Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000 litres setahun.   Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera.  Dapatkan khidmat tukang tukang paip berdaftar untuk tujuan ini.


-Menggantikan tandas’single flush’ dengan ‘dual flash’ cistern boleh menjimatkan 5 litre air setiap ‘flush’.  Sekiranya rumah didiami oleh 2 orang dewasa dan 3 kanak kanak dengan 4 kali flush  sehari/seorang, ianya melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.


DAPUR DAN MESIN PENCUCI



Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres, setiap minit.  Oleh itu :


-Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku atau separuh penuh sahaja.  

-Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 – 5 minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 – 48  litres sebasuhan.


-Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin basuh anda setiap kali digunakan. 
 Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya jumlah pakaian terlalu sedikit.

 -Membasuh pinggan mangkuk menggunakan ‘dishwasher’ menggunakan 35 litre air sebasuhan.  Oleh jangan gunakan ‘dishwasher’ sekiranya jumlah pinggan mangkuk terlalu sedikit.

 -Apabila anda ingin membeli mesin basuhan pakaian yang baru pilihlah jenis yang menjimatkan dari  segi kegunaan air.  Anda mungkin dapat menjimatkan air dan juga wang anda di sepanjang jangka      hayat mesin basuhan tersebut.

STESEN JANAKUASA HIDROELEKTRIK


Stesen janakuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air untuk memutarkan turbin janakuasa. Komponen utama di stesen janakuasa hidroelektrik ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan (control gate), salur getah (intake), pintu air (penstock), turbin (turbine), salur keluar (outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse dan talian penghantaran (power lines). Rajah itu menunjukkan Stesen Janakuasa Hidroelektrik.

Stesen Janakuasa Hidroelekt
  EMPANGAN
Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan graviti bagi memusingkan turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai ketebalan dibahagian dasar empangan bagi menahan daya tekanan air yang besar di dasar empangan.

TASIK BUATAN
Apabila empangan dibina maka wujud tasik buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakann tenaga keupayaan graviti. Oleh kerana kedudukan aras tasik lebih tinggi maka tenaga keupayaan graviti ini berupaya memusingkan turbin janakuasa yang terletak di bahagian dasar empangan. Tasik buatan terbesar di Malaysia ialah Tasik Kenyir yang menempatkan empangan kenyir

PINTU KAWALAN SALUR MASUK
Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan bertujuann mengawal kemasukan air.Apabila pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.

 PENGUBAH (TRANSFORMER)
Transformer adalah alat yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan voltan AU. Terdapat dua jenis transformer iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun. Transformer injak naik adalah untuk meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke sistem Rangkaian Grid Nasional untuk diturunkan semula melalui transformer injak turun kepada voltan yang lebih rendah untuk diagihkan.

SALUR KELUAR
  Secara keseluruhnnya penghantaran tenaga elektrik terbina dari satu empangan yang dibina merentasi sungai untuk menyimpan air.Empangan terletek di atas stesen janakuasa.Air dari empangan mengalir turun ke stesen janakuasa dengan kelajuan tinggi.Tenaga kinetik air memutarkan turbin penjanadan elektrik dihasilkan.Seterusnya air dari turbin dialirkan keluar melalui salur keluar ke sungai. Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.


SAJAK YANG BERTAJUK: YANG ABADI

Kami, air, senantiasa, abadi
Mungkin- kami berujud uap,
Embun, awan, atau es
Hakikat kami adalah, air

Kami tak putus-ptus mengembara
Di gunung, di lembah, di sungai,
Dan di laut,
Bahkan beterbangan di atas bukit
Tetapi kami abadi

Kami bersahabat dengan angin
Bergurau dengan topan dan guruh
Beradu pandang dengan mentari
Yang menjadikan kami uap

Kami berada dimana-mana
Di selokan, di sungai, di danau, di laut
Juga di kolam dan di bak mandimu
kami tak pernah hilang tak pernah berkurang
Dan tak pernah habis
Karena kami abadi

Air ditubuh kalian
Kelak kembali kepada kami
Karena Kalian tak abadi
Sedang kami abadi

PUNCA UTAMA PENCEMARAN AIR

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dan bahan buangan domestik dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.Berikut adalah gambaran pembuangan sampah di sungai:


Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia dan bahan agrokimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.Berikut adalah contoh sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai:


Disamping itu,pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air yang boleh mengancam organisma laut . Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam. yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.Berikut adalah contoh pertumpahan minyak di laut:

Begitu juga,pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Pengalian petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ini akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.Berikut adalah contoh kesan kepada haiwan akuatik:


Akhir sekali,bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

FUNGSI AIR UNTUK MANUSIA

Fungsi air juga merupakan zat yang sangat dibutuhan selain udara dan tidak seorang pun dapat bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa minum air. Selain itu, air juga dipergunakan untuk memasak, mencuci, mandi, dan membersihkan kotoran yang ada di sekitar rumah. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi, transportasi, dan lain-lain. Akan tetapi, air boleh menjadi petaka jika kita tidak boleh merawat sumbernya. Air bisa menjadi perantara penyakit-penyakit yang menyerang manusia. Oleh karena itu, untuk merasakan manfaat air bagi kehidupan khususnya bagi kesehatan tubuh. Akan lebih bijak jika kita merawat keberadaan sumber air yang ada.Selain itu,keberadaan manfaat air bagi kesehatan tubuh sangat penting dimana air adalah sumber kehidupan. Kemampuan air bisa memperbaiki daya tahan tubuh karena air dapat menaikkan simpanan glikogen suatu  bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai tenaga saat kita sedang beraktifitas atau pun bekerja. Air juga membantu kita untuk menahan rasa lapar dimana kita ketahui bahwa rasa lapar kadang merupakan penyamaran dari rasa haus. Sewaktu kita mengalami dehidrasi kita akan berpikir kalau kita sedang lapar dan mungkin merasa ingin makan padahal yang kita butuhkan sebenarnya adalah air. 
Disamping itu,kita juga dapat memanfaatkan kesan  dari rasa kenyang setelah minum air yang berkhasiat untuk membantu kita dalam mengatur pola makan dan mencegah makan berlebihan. Keberadaan air mampu mengurangi risiko terserang beberapa penyakit.Khususnya penyakit yang sering berhubungan dengan batu ginjal, kanser  saluran kencing dan kanser usus besar. Dengan meminum air secara teratur akan menghindarkan kita dari gangguan pencernaan yang berakibat sembelit.
Lantaran itu,sebagai catatan banyak ahli kesehatan merekomendasikan air sebagai ekspektoran yang efektif untuk mengurangi batuk. Selain itu, air juga boleh digunakan untuk melembabkan wajah seperti manfaat vitamin E untuk kulit serta boleh mengurangi kerutan pada wajah kerana kelembaban wajah selalu terjaga. Dengan minum air, kita boleh mengurangi rasa sakit kepala dan migran yang disebabkan oleh dehidrasi. Oleh sebab itu, konsumsilah air yang cukup agar kita bisa merasakan manfaat air yang sesungguhnya.
Selain manfaat air untuk kesehatan sangat jelas, ternyata air juga memiliki fungsi utama bagi kehidupan, fungsi air tersebut adalah;
-Membentuk sel-sel baru, memelihara dan mengganti sel-sel yang rosak
-Melarutkan dan membawa nutrisi-nutrisi, oksigen dan hormon ke seluruh sel tubuh yang membutuhkan
-Melarutkan dan mengeluarkan sampah-sampah dan racun dari dalam tubuh kita
-Katalisator dalam metabolisme tubuh serta mampu meredam benturan bagi organ vital

-Pelumas bagi sendi-sendi dan menstabilkan suhu tubuh



MANFAAT AIR UNTUK MANUSIA

Manfaat Air Putih Untuk kesehatan memang sangat banyak, air putih dapat digunakan untuk mengobati berbagai penyakit berbahaya atau mencegah terjadinya penyakit yang tidak diinginkan. Perlu diketahui tubuh kita terdiri lebih dari 70% cairan yang mana kebutuhan akan cairan sangat tinggi. Manfaat airdalam tubuh kita tentu tidak dapat digantikan oleh apapun. Cairan ini bisa kita dapatkan dengan mengkonsumsi air putih yang cukup. Air Putih merupakan minuman yang paling sehat dan tidak berbahaya karena dibutuhkan setiap hari oleh tubuh kita untuk menjaga kesehatan.




Selain itu,manfaat air putih sangatlah banyak, jika diuraikan satu per satu mungkin tidak akan ada habisnya. Manfaat yang langsung dirasakan mungkin hanya menghilangkan haus pada saat siang atau malam hari. Namun lebih dari itu, manfaat air putih dapat bertambah banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap  tubuh kita.

KANDUNGAN AIR DI MUKA BUMI INI




Air merupakan unsur yang menutupi sebagian besar muka bumi.Ada beberapa fakta menarik menyangkut air di bumi. Jika ada orang yang menuangkan seluruh air yang ada di dunia ke daratan Amerika Serikat dan mampu menampungnya, maka orang tersebut akan menciptakan sebuah danau dengan ke dalaman 90 mil.Total jumlah kandungan air di bumi hampir 326 juta kubik mil, menurut Lembaga Survei Geologi Amerika Serikat. Sebanyak 72% permukaan bumi tertutup oleh air, tetapi 97% air tersebut asin dan tidak baik untuk diminum. Diantara 70% air minum tersebut berbentuk es, kurang dari 1% air minum yang ada di dunia siap dimanfaatkan secara langsung. Terdapat 6 negara (Brazil, Russia, Kanada, Indonesia, China dan Kolombia) yang memiliki 50% persediaan air minum dunia. Sementara sepertiga populasi dunia hidup di kawasan negara dengan tingkat persediaan air minum yang minim.Menurut Lembaga Survei Geologi Amerika Serikat, kandungan air minum tersimpan di dalam tanah lebih banyak daripada bentuk cair yang ada di permukaan

DEFINISI AIR

"H2O" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat HOH.

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)


Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dansalji).