Followers

Friday 19 February 2016

STESEN JANAKUASA HIDROELEKTRIK


Stesen janakuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air untuk memutarkan turbin janakuasa. Komponen utama di stesen janakuasa hidroelektrik ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan (control gate), salur getah (intake), pintu air (penstock), turbin (turbine), salur keluar (outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse dan talian penghantaran (power lines). Rajah itu menunjukkan Stesen Janakuasa Hidroelektrik.

Stesen Janakuasa Hidroelekt
  EMPANGAN
Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan graviti bagi memusingkan turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai ketebalan dibahagian dasar empangan bagi menahan daya tekanan air yang besar di dasar empangan.

TASIK BUATAN
Apabila empangan dibina maka wujud tasik buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakann tenaga keupayaan graviti. Oleh kerana kedudukan aras tasik lebih tinggi maka tenaga keupayaan graviti ini berupaya memusingkan turbin janakuasa yang terletak di bahagian dasar empangan. Tasik buatan terbesar di Malaysia ialah Tasik Kenyir yang menempatkan empangan kenyir

PINTU KAWALAN SALUR MASUK
Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan bertujuann mengawal kemasukan air.Apabila pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.

 PENGUBAH (TRANSFORMER)
Transformer adalah alat yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan voltan AU. Terdapat dua jenis transformer iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun. Transformer injak naik adalah untuk meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke sistem Rangkaian Grid Nasional untuk diturunkan semula melalui transformer injak turun kepada voltan yang lebih rendah untuk diagihkan.

SALUR KELUAR
  Secara keseluruhnnya penghantaran tenaga elektrik terbina dari satu empangan yang dibina merentasi sungai untuk menyimpan air.Empangan terletek di atas stesen janakuasa.Air dari empangan mengalir turun ke stesen janakuasa dengan kelajuan tinggi.Tenaga kinetik air memutarkan turbin penjanadan elektrik dihasilkan.Seterusnya air dari turbin dialirkan keluar melalui salur keluar ke sungai. Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.Rajah menunjukkan stesen janakuasa hidroelektrik.


No comments:

Post a Comment