Followers

Friday, 26 February 2016

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH

1. Menguruskan badan

 Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun      lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

 Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum        Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

 Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat   menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu  mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

 Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus  mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

 Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat  diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat  bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

 Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak  perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok


 Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk  mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen  serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

No comments:

Post a Comment