BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA
Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia.
Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk
kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli
akan kepentingan air. Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh
bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air
adalah mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian
terhadap apa yang anda lakukan setiap hari. Walaupun negara kita menerima
kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan
menghadapi masalah krisis air. Pada tahun 1998 yang lalu, negara
dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan
Melaka. Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih
seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk
menyelesaikannya. Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa
mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat
tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin
terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru
yang amat tinggi kos pembinaannya. Oleh itu setiap kali anda menggunakan
hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin
mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan
paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil
tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang
kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua
kehidupan. Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh
ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran
sederhana.
Carta 1 : Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga
HALAMAN RUMAH
-Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah
menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk
pertumbuhan yang baik.
-Apabila memotong rumput, pastikan rumput halaman anda
tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan
menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya
daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.
-Gunakan baldi atau ‘sprinkler’ yang sesuai aliran airnya.
Sekiranya ‘sprinkler’ digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu
halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan
keberkesanan siraman anda. (Sprinkler’ yang lupa ditutup boleh membazir
air sehingga 1,000 litre -sejam)
-Gunakan penyiram ‘sprinkler’ halaman yang mempunyai kawalan
‘timer’ jika perlu. Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya
ianya bersesuaian.
-Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat
petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum
daripada air yang anda sirami.
-Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh
mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup.
Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh
yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.
-Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu
pembaziran. Landskap yang bijak -boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan
air untuk halaman anda.
-Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan
membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres
sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun. Gunakan baldi (bukannya hos
yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.
-Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu (bukannya
hos air). Ini boleh menjimatkan anda
-Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi
gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.
-Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di
peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan
seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.
BILIK MANDI
-Sekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3
minit setiap kali, dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan
lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun,
seorang!!… ) Oleh itu :
-Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi.
Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan. Anda boleh
menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang.
-Gunakan kepala ‘shower’ yang tidak terlalu besar.
Kebanyakan kepala ‘shower’ model lama menggunakan 20 litres seminit atau
lebih daripada itu. Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres
seminit. Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira
28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala ‘shower’ model lama yang
menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali,
bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun).
-Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat
untuk membersihkan diri sahaja. -(Perbuatan ‘berkampung’ di dalam bilik
air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga)
-Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000
litres setahun. Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera.
Dapatkan khidmat tukang tukang paip berdaftar untuk tujuan ini.
-Menggantikan tandas’single flush’ dengan ‘dual flash’ cistern
boleh menjimatkan 5 litre air setiap ‘flush’. Sekiranya rumah didiami
oleh 2 orang dewasa dan 3 kanak kanak dengan 4 kali flush sehari/seorang, ianya
melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.
DAPUR DAN MESIN PENCUCI
Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres,
setiap minit. Oleh itu :
-Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku
atau separuh penuh sahaja.
-Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 – 5
minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 – 48 litres sebasuhan.
-Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin
basuh anda setiap kali digunakan.
Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya
jumlah pakaian terlalu sedikit.
No comments:
Post a Comment